TastyBake_KL

TastyBake_KL Fresh baked daily, within an hour

Ramadan hadir sebagai bulan yang penuh keberkatan dan penuh rahmat.Ibadah puasa bukan sekadar menahan lapar dan dahaga, ...
18/02/2026

Ramadan hadir sebagai bulan yang penuh keberkatan dan penuh rahmat.


Ibadah puasa bukan sekadar menahan lapar dan dahaga, tetapi ruang untuk kita menguatkan iman, menambah ketaqwaan kita, serta nilai empati dalam diri dan kesederhanaan dalam kehidupan seharian.


Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak kepada semua umat Islam dan yang memulakan solat Tarawih malam ini

SELAMAT HARI MALAYSIA yang ke 62!Tasty Bake akan bercuti mulai 17 hingga 20 September 2025.Segala urusan tempahan akan m...
15/09/2025

SELAMAT HARI MALAYSIA yang ke 62!

Tasty Bake akan bercuti mulai 17 hingga 20 September 2025.

Segala urusan tempahan akan mula diterima pada 21 September 2025

Terima kasih kerana memahami dan terus menyokong Tasty Bake KL

Di Tasty Bake, setiap kotak yang dihantar bukan sekadar dessert, tetapi "senyuman" yang manis
02/09/2025

Di Tasty Bake, setiap kotak yang dihantar bukan sekadar dessert, tetapi "senyuman" yang manis

Di Tasty Bake, kami percaya, setiap kotak yang dihantar bukan sekadar makanan, tetapi "hadiah" kecil yang membawa senyum...
02/09/2025

Di Tasty Bake, kami percaya, setiap kotak yang dihantar bukan sekadar makanan, tetapi "hadiah" kecil yang membawa senyuman manis

Kami di TastyBake_KL lengkap dengan kad suntikan Typhoid (setiap 3 tahun) dan Ada Sijil Pengendalian MakananDiploma Kema...
01/09/2025

Kami di TastyBake_KL lengkap dengan kad suntikan Typhoid (setiap 3 tahun) dan Ada Sijil Pengendalian Makanan

Diploma Kemahiran Malaysia (bidang roti & pastri) pun ada 🫢
Jangan cepat sangat teruja dengan makanan viral yang dijual di media social

Pastikan penjual ada kad suntikan Typhoid dan Sijil Pengendalian Makanan

Sebagai pelanggan, you ada hak untuk bertanya dan penjual wajib tunjuk

Mary Mallon, seorang gadis Ireland sederhana, merantau ke Amerika pada usia remaja. Dia ditempatkan sebagai tukang masak di rumah-rumah berada New York. Masakannya sedap, reputasinya melonjak tetapi sayangnya, ia datang bersama penyakit tersembunyi.

Mary kelihatan sihat pipinya merah, langkahnya laju, tidak pernah rebah dengan demam. Tetapi di dalam tubuhnya, tersembunyi rahsia yang lebih dahsyat daripada senjata mana-mana penjahat.

Pundi hempedu Mary ibarat sebuah dapur kecil untuk kuman. Di situlah Salmonella typhi bersembunyi, beranak-pinak dalam senyap.

Mary tidak merasa apa-apa tiada sakit kepala, tiada cirit-birit. Sistem imunnya menahan gejala, tetapi tidak pernah berjaya menghapuskan musuh itu.

Setiap kali Mary ke tandas, bakteria itu keluar bersama najisnya. Dan kerana dia jarang mencuci tangan, kuman itu berpindah diam-diam ke senduk, ke adunan, ke salad segar dan aiskrim buatan tangan yang disajikan di meja makan.


Jejak Kematian Rumah-Rumah yang Dihantui Penyakit

Tahun 1906, Dr. George Soper menjejaki satu wabak pelik. Tifoid biasanya menyerang orang miskin, tetapi kali ini menular di kalangan orang berada.

Dr. George Soper mengesan corak menakutkan: di antara 8 keluarga yang diupah Mary bekerja, 7 mengalami wabak tifoid tidak lama selepas kehadirannya, dan sekurang-kurangnya 3 kematian disahkan akibat tifoid

Di Mamaroneck, hanya dua minggu selepas Mary mula memasak, seisi rumah jatuh demam. Di Manhattan, seorang pembantu rumah meninggal. Di Oyster Bay, enam daripada sebelas orang terbaring sakit. Corak aneh berulang: Mary datang, keluarga jatuh sakit, ada yang mati


Penyiasatan Dr. Soper

Doktor George Soper, seperti detektif tanpa pistol, mengesan Mary. Peta kes tifoid di New York menunjukkan namanya berulang di alamat-alamat berbeza.

Dr. Soper: “Mary, saya perlukan sampel najis awak untuk ujian.”

Mary: “Apa?! Saya sihat! Awak tuduh saya bawa penyakit?!”

Dr. Soper: “Ini penting. Nyawa ramai orang terancam.”

Mary: (menghunus pisau daging) “Berambus! Saya takkan bagi apa-apa!”

Namun Mary berkeras.

Mary: “Saya bukan pembawa penyakit! Ini semua fitnah kerajaan!”

Beberapa hari kemudian, dengan bantuan polis dan jururawat, sampel Mary diambil. Ujian makmal mengesahkan pundi hempedunya dipenuhi Salmonella typhi.

Di sinilah rahsia Mary terbongkar.

Mary ialah pembawa sihat (asymptomatic carrier). Sistem imunnya cukup kuat untuk menahan demam dan sawan, tetapi tidak mampu memusnahkan bakteria. Kuman itu memilih bersembunyi di pundi hempedu, membiak dalam senyap, keluar bersama najis setiap hari.

Kerana Mary jarang membasuh tangan, bakteria itu berpindah ke senduk, ke salad segar, ke aiskrim buatan tangan. Mary tidak pernah sakit, tetapi masakannya menjadi racun.


Penjara Tanpa Jeruji Pengasingan dan “Pelepasan” yang Berbahaya

Setelah dijadikan tertuduh utama, Mary dipenjara di North Brother Island. Namun, pada 1910, dia dilepaskan dengan syarat: jangan lagi memasak dan patuhi kebersihan. Tapi cinta terhadap dapur lebih kuat dia tukar nama,
kembali memasak

Hospital Wanita Sloane, 1915: Mary memasak di sana secara sembunyi.

Akibatnya, 25 pesakit dijangkiti, dan jelas: 1 kematian disahkan secara langsung daripadanya . Setelah dijumpai, dia dikurung semula selama 23 tahun hingga akhir hayat.

Akhirnya, Mary dikurung seumur hidup di sebuah pulau.

Sendirian. Terasing.

Tahun 1938, dia meninggal akibat radang paru-paru.

Bedah siasat mendedahkan rahsia terakhir: bakteria masih hidup segar dalam tubuhnya.
Mary tidak pernah benar-benar bebas.

Typhoid Mary.
Wanita yang sihat di mata manusia, tetapi membawa maut dalam diam.
Kisahnya jadi amaran: kadang kala, bahaya datang dari mereka yang kelihatan paling sihat.

Hari ini kita ada pilihan.
👉 Suntikan tifoid untuk pengendali makanan.
👉 Basuh tangan sebelum menyentuh makanan.
👉 Jaga kebersihan dapur.

Kerana sekali kita lalai, bukan hanya pelanggan yang sakit. Mungkin anak kecil yang menanti kita di rumah, suami atau isteri yang percaya pada kita, ibu ayah yang sudah tua.

Setitis kuman boleh meragut nyawa,
tapi secalit usaha menjaga kebersihan mampu menyelamatkan banyak jiwa.

Ambillah suntikan tifoid. Basuhlah tangan. Jagalah dapur.
Kerana kasih sayang kita pada keluarga bermula dari makanan yang selamat.

30/08/2025

[ PROFITEROLES ]

Satu tak cukup, sekotak dikongsi ❤️

Bila dessert bukan sekadar sedap, tapi jadi hantaran pertunangan 🫶🏻🌸Croquembouche & pavlova terus steal the show Terima ...
29/08/2025

Bila dessert bukan sekadar sedap, tapi jadi hantaran pertunangan 🫶🏻🌸

Croquembouche & pavlova terus steal the show

Terima kasih Nilam dan keluarga atas kepercayaan pada Tasty Bake KL

Kalau kita offer Combo Merdeka, ada yang nak tak?RM25 untuk 50 pcs (Cream Puff: 25 pcs) + (Japanese Cream Puff: 25 pcs)H...
27/08/2025

Kalau kita offer Combo Merdeka, ada yang nak tak?

RM25 untuk 50 pcs
(Cream Puff: 25 pcs) + (Japanese Cream Puff: 25 pcs)

Harga memang tak masuk akal.

Tapi kita nak meraikan hari kemerdekaan negara tercinta

Kita kan SATU Malaysia ❤️

Kadang, benda paling best jadi baker, bukan sebab bau harum dari oven. Tapi bila dapat mesej macam ni dari customer tanp...
16/08/2025

Kadang, benda paling best jadi baker, bukan sebab bau harum dari oven.

Tapi bila dapat mesej macam ni dari customer tanpa diminta

Berbunga bunga dalam hati ❤️
Batch esok masih ada 3 slot untuk tempahan

PM atau WhatsApp je untuk merasa sendiri Japanese Cream Puff kami yang comel!

Terima kasih pada semua yang support!

26/05/2025

Jangan kerana satu kesilapan, tertutup semua kebaikan. Bersederhana dalam memuji, jangan sekali mengeji

Cara abang ni buat dipanggil "Sandwich board advertising" Cara pengiklanan yang dah lama tidak dipraktikkan
22/05/2025

Cara abang ni buat dipanggil "Sandwich board advertising"

Cara pengiklanan yang dah lama tidak dipraktikkan

Address

Villa Makmur Condominium
Jalan Dutamas Raya, 51200, Kuala Lumpur
TAMAN SPPK SEGAMBUT

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 18:00
Friday 09:00 - 18:00
Saturday 09:00 - 18:00
Sunday 09:00 - 18:00

Telephone

+601172760937

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when TastyBake_KL posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to TastyBake_KL:

Share