18/07/2021
Dulu dan Sekarang
“Cerita nya bermula begini, Tok sis belah abah in fact abah sendiri memang asal dari Kedah. Langkawi, Kedah. Dari sis kecil sampai la ni Tok dah umur almost 100tahun (zaman che det). Tok memang master buat ketupat palas, dengan erti kata lain, dari segi beras Pulut, di basuh, di jemur, Dan Di masak jangan Siapa pun usik. Masak pulut pakai kayu api, pulut pulut yang pior, zaman dulu pulut beras cantik2, zaman sekarang udoh rupe plastik. Di kacau2 guna periuk belanga besor guna kayu api, hah tunggulaaa hampa berejam baru nak jadi pulut. Santan, santan kepala, kelapa parut guna parut tangan, tapi zaman sis umuq 5tahun, dah up pakai mesin. Hampa bayangkan nanti nak melipat lagi. Daunn takdehallll takpayah beli2 masuk hutan pi tebang. La ni daun beli. Daun tu dibuka satu Persatu, di ikat 10-10 macam dalam gambar hiasan nenek tu. Hari ni nak balut, daun dah siap carik sehari sebelum. Banyak pantang larang. 😅 “
Nak Di pendekkan documentari pengenalan ketupat palas dalam hidup sis ni, kiteorang upgrade guna pulut susu premium (nak masak tu mudah sebab dia Lemak) masa untuk masa tak lama, kita takdela pakai kayu api, kacau2 nanti jadi bubur p**a sebab pulut susu ni Cepat lembut, kita cut masa kita guna tanak dalam rice cooker. Huhu. Nisbah pulut , santan, ayaq, garam, remain rahsiaaaa. Berpuluhan kali juga sis cuba untuk dapat kualiti yang sedia ada.
So, kita dah cut masa nak process, kita upgrade supaya ketupat ni boleh frozen, tinggal kukus/rebus 15 ke 20 minit je.
Dah nama pun pulut yang dah masak, dia memang sangat2 lembut. Kalau korang overcook 1 minit sekali pun, daun tu akan blast off! Sebab kami guna pulut susu. Kan dah cakap awal2, pulut susu mudah lembut.
Ini ketupat palas pulut susu ye. Yang Dimana pulutnya 90% dah masak. Bukan ketupat palas zaman nenek2 kita masak, pulut zaman dulu 50% je masak, so it’s takes longer time untuk kita kukus/rebus.
Credit : gambar BH