Abg Lan Cakes & Delicious Food

Abg Lan Cakes & Delicious Food Produk yang viral, pastinya Sedap dan Memikat.

Menjual Pelbagai Jenis Kek, kek Lapis, Cookies, kerepek, Keropok, Jeruk, Pekasam, Popcorn, Sejuk beku, kacang dan banyak Makanan ringan keluaran homemade dan Muslim yang menepati citarasa serta selera semua.

09/02/2026
16/10/2025

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Permudahkan Urusan Orang

عَنْ حُذَيْفَةَ بْنِ الْيَمَانِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ، أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: إِنَّ رَجُلًا كَانَ فِيمَنْ كَانَ قَبْلَكُمْ، أَتَاهُ الْمَلَكُ لِيَقْبِضَ رُوحَهُ، فَقِيلَ لَهُ: هَلْ عَمِلْتَ مِنْ خَيْرٍ؟ قَالَ: مَا أَعْلَمُ. قِيلَ لَهُ: انْظُرْ، قَالَ: مَا أَعْلَمُ شَيْئًا، غَيْرَ أَنِّي كُنْتُ أُبَايِعُ النَّاسَ فِي الدُّنْيَا، وَأُجَازِيهِمْ، فَأُنْظِرُ الْمُوسِرَ، وَأَتَجَاوَزُ عَنِ الْمُعْسِرِ، فَأَدْخَلَهُ اللَّهُ الْجَنَّةَ

Daripada Huzaifah bin Yaman RA, sesungguhnya Nabi SAW bersabda: "Sesungguhnya ada seorang lelaki dalam kalangan umat sebelum kamu, didatangi oleh malaikat untuk mencabut rohnya. Maka ditanya kepadanya: ‘Adakah kamu pernah melakukan sebarang kebaikan?’ Dia menjawab: ‘Aku tidak tahu.’ Malaikat berkata kepadanya: ‘Cuba ingat kembali.’ Dia menjawab: ‘Aku tidak tahu apa-apa kebaikan melainkan aku biasa berniaga dengan manusia di dunia. Aku memberi kelonggaran kepada orang yang senang, dan memberi tempoh kepada orang yang susah.’ Lalu Allah memasukkannya ke dalam syurga.” (HR Bukhari No: 3451) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Allah amat menghargai mereka yang mempermudahkan urusan orang lain, terutamanya yang dalam kesusahan, bersikap lembut dan bertimbang rasa dalam urusan dunia.

2. Sikap memberi tempoh kepada orang yang susah dan tidak menekan pelanggan menunjukkan rahmat dan belas kasihan yang sangat dihargai.

3. Orang yang memudahkan urusan orang lain di dunia walaupun kecil nescaya Allah akan memudahkan urusannya di akhirat.

4. Lelaki dalam hadis ini tidak menyedari bahawa ada amalan yang kecil yang diamalkan dalam hidupnya dalam berurusan dengan manusia lain boleh menjadi sebab masuk Syurga iaitu memberi kelonggaran kepada orang yang berurusan dengannya.

5. Hadis ini memperlihatkan kemuliaan akhlak dalam jual beli, di mana sifat lembut, pemaaf dan tidak berkira adalah antara ciri-ciri utama orang yang disayangi Allah.

6. Hadis ini mengajar kita agar tidak hanya mencari keuntungan dalam berurusan, tetapi juga menyemai nilai kemanusiaan, keihsanan, sabar dan rahmat dalam semua urusan.







25hb Rabiul Akhir 1447H
17hb Oktober 2025

12/10/2025

Robotic

12/10/2025

I gained 1,649 followers, created 11 posts and received 19 reactions in the past 90 days! Thank you all for your continued support. I could not have done it without you. 🙏🤗🎉

07/10/2025

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Amalan Masuk Syurga dan Jauhi Neraka

عَنْ أَبِي أَيُّوبَ خَالِدِ بْنِ زَيْدٍ الْأَنْصَارِيِّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَجُلًا قَالَ لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: أَخْبِرْنِي بِعَمَلٍ يُدْخِلُنِي الْجَنَّةَ، قَالَ: وَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: تَعْبُدُ اللَّهَ وَلَا تُشْرِكُ بِهِ شَيْئًا، وَتُقِيمُ الصَّلَاةَ، وَتُؤْتِي الزَّكَاةَ، وَتَصِلُ الرَّحِمَ

Daripada Abu Ayyub Khalid bin Zaid al-Ansari RA, di mana seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah SAW: "Wahai Rasulullah, beritahulah aku satu amalan yang boleh memasukkan aku ke dalam syurga dan menjauhkan aku daripada neraka." Maka Baginda SAW bersabda: "Engkau menyembah Allah dan tidak menyekutukan-Nya dengan sesuatu pun, mendirikan solat, menunaikan zakat, dan menyambung silaturahim." (HR Bukhari No: 5983) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Amalan yang membawa ke syurga dan menjauhkan neraka ialah beribadat dengan tidak melakukan syirik, menunaikan solat, mengeluarkan zakat dan menjaga hubungan silaturahim.

2. Segala amalan bergantung kepada akidah yang benar. Menyembah Allah tanpa syirik adalah syarat utama untuk masuk syurga.

3. Mendirikan solat bukan hanya bermaksud menunaikan solat, tetapi melaksanakan solat dengan penuh syarat, rukun, kekhusyukan dan tepat waktunya. Solat adalah tiang agama dan pemisah antara iman dan kufur.

4. Menunaikan zakat bukan hanya membersihkan harta, tetapi juga memupuk keadilan sosial dan menghapus sifat tamak.

5. Islam sangat menekankan hubungan kekeluargaan. Memelihara silaturrahim adalah salah satu tanda kesempurnaan iman. Menyambung silaturrahim bermaksud berbuat baik kepada kaum keluarga, bertanya khabar, membantu ketika susah, dan tidak memutuskan hubungan.

6. Hadis ini memberi panduan lengkap dan ringkas untuk mencapai kejayaan akhirat iaitu memiliki akidah yang benar, ibadah yang sempurna, dan akhlak sosial yang baik. Ia juga menegaskan bahawa Islam adalah agama yang seimbang antara hubungan dengan Tuhan dan hubungan sesama manusia.







15hb Rabiul Akhir 1447H
07hb Oktober 2025

01/10/2025
26/09/2025

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Contohi Rasulullah SAW Dalam Berakhlak

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خِيَارُكُمْ أَحَاسِنُكُمْ أَخْلَاقًا

Daripada Abdullah bin Amr RA ia berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Sebaik-baik kamu adalah orang yang paling baik akhlaknya" (HR Tirmizi No: 1898) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Sebaik-baik kita ialah yang paling baik akhlaknya.

2. Imam al-Nawawi menjelaskan bahawa hadis ini menunjukkan bahawa kemuliaan seseorang tidak diukur pada kedudukan, harta atau keturunan, tetapi pada akhlaknya yang baik.

3. Akhlak yang baik adalah akhlak terpuji yang dicontohi dari Rasulullah SAW. Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

إِنَّمَا بُعِثْتُ لِأُتَمِّمَ صَالِحَ الْأَخْلَاقِ

“Sesungguhnya tidak aku diutuskan melainkan untuk menyempurnakan kebaikan akhlak.” (HR Ahmad No:8952) Status: Hadis sahih

4. Ibn Hajar al-‘Asqalani dalam Fath al-Bari menegaskan bahawa akhlak yang baik adalah ukuran utama dalam menentukan keutamaan seseorang di sisi Allah dan manusia.

5. Akhlak yang baik adalah sifat-sifat terpuji seperti sabar, lemah lembut, jujur, amanah, rendah hati, menahan marah, memaafkan kesalahan, serta memberi manfaat kepada orang lain.

6. Setiap Muslim dituntut memperbaiki akhlaknya kerana ia menjadi asas kepada hubungan dengan Allah dan sesama manusia.

7. Bersifat terpujilah kita dengan sentiasa memiliki akhlak yang paling baik sama ada dalam beribadat mahupun ketika berhubungan sesama manusia dan makhluk yang lain.







04hb Rabiul Akhir 1447H
26hb September 2025

26/09/2025

Salam Jumaat peghulu segala hari ..
Semoga sentiasa dalam kesihatan yang baik dan sentiasa dalam kasih sayang Allah SWT.

Inspirasi kejayaan dunia akhirat

Sabda Nabi Muhammad Rasulullah SAW antaranya bermaksud:-

“Perbanyakkanlah berselawat ke atasku pada setiap hari Jumaat. Sesungguhnya selawat yang dibaca oleh umatku akan dibentangkan kepadaku pada setiap hari Jumaat. Barangsiapa yang paling banyak berselawat ke atasku, maka dia akan berada paling hampir denganku (di dalam Syurga).”( Hadis Riwayat Al-Baihaqi 5995)

JOM kita ajak keluarga Dan kawan2 untuk memperbanyakkan Istifar ,
zikir لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ . ( sekurang-kurangnya 100 kali sehari) dan Selawat Nabi SAW ( lengkapkan 1,000 selawat sebelum masuk waktu asar esok)

Pada masa yg sama kita usaha luangkan masa utk mempelajari & mempraktikkan 3 ilmu iaitu fardhu Ain ( Feqah , Tauhid & Tasawuf)

Jgn lupa kita buat solat witir , baca surah Al-Mulk sebelum tidur dan azam & usaha untuk bangun awal pagi bagi melaksanakan Solat Taubat , Hajat & Tahajud. Semoga kita sentiasa diberikan kesihatan yang baik, dikurniakan rezeki yang luas , disampaikan segala hajat dan cemerlang dunia & akhirat. Aminnn.

27/08/2025

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Kesempurnaan Iman Dengan Mengasihi Orang Lain

عَنْ أَنَسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى يُحِبَّ لِأَخِيهِ مَا يُحِبُّ لِنَفْسِهِ

Daripada Anas RA dari Nabi SAW baginda bersabda: "Tidak beriman (sempurna iman) seseorang dari kalian sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri". (HR Bukhari No: 13) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.Islam memerintahkan umatnya agar sentiasa memiliki sifat saling mengasihi sesama Muslim.

2.Jika kita s**a diri kita mendapat nikmat dalam hal keagamaan, maka wajib baginya menyayangi saudara Muslim yang lain agar mendapat nikmat yang sama. Jangan sesekali kita memiliki sifat dengki dan khianat dengan nikmat yang dimiliki oleh saudara kita yang lain.

3. Ibn Hajar al-‘Asqalani menegaskan bahawa kasih sayang itu bermaksud menginginkan kebaikan dunia dan akhirat untuk saudaranya sama seperti dia inginkan untuk dirinya sendiri, bukan sekadar perkara duniawi.

4. Imam al-Ghazali menghuraikan bahawa apabila seseorang mukmin benar-benar mencintai saudaranya, dia tidak akan sanggup menzalimi, menipu, atau mengambil kesempatan atas kelemahan saudaranya. Sebaliknya, dia akan berusaha menjaga hak-hak saudaranya dan menggembirakannya.

5.Ambillah iktibar kisah Aus dan Khazraj di Madinah yang mana kedua-dua kaum ini begitu taksub dan fanatik dengan kaum masing-masing namun Allah telah satukan hati mereka dengan kasih sayang dan mereka saling mencintai antara satu sama lain apabila menerima Islam. Mereka bersatu atas nama Islam dan mereka berjuang atas nama Islam.

6.Ingatlah bahawa setiap mukmin ini bersaudara. Firman Allah:

إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ فَأَصْلِحُوا بَيْنَ أَخَوَيْكُمْ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ

“Sesungguhnya orang-orang beriman itu adalah bersaudara. Oleh itu damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara saudaramu itu dan takutlah terhadap Allah supaya kamu mendapat rahmat” (al-Hujurat: 10)

7.Saudara kita seagama adalah tanggungjawab kita untuk membantu jika mereka memerlukan bantuan, memberi nasihat ketika mereka memerlukan nasihat, meminjamkan telinga kita untuk mendengar masalah dan kisah mereka, memberi sokongan dan dorongan kepada mereka dan akhir sekali jangan kita lupa untuk mendoakan kepada mereka kerana doa adalah senjata terbaik apatah lagi doa yang tidak diketahui oleh saudaranya sendiri.

Marilah kita memperbaharui semangat perpaduan dan kebersamaan dengan saling mengasihi dan menyayangi orang lain. Semoga sifat tersebut mengukuhkan jati diri kita dalam bekerjasama mewujudkan Negara Yang Utuh Teguh dan mendapat keredhaan Allah.

Selamat Meraikan Sambutan Bulan Kebangsaan 2025
Malaysia Madani: Rakyat Disantuni







03hb Rabiul Awal 1447H
27hb Ogos 2025

Address

Abg Lan Cakes & Delicious Food, No. 20, Jalan Deluxe 2, Pusat Perdagangan Deluxe
Dengkil
43800

Telephone

+601122247967

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Abg Lan Cakes & Delicious Food posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category