29/12/2020
[Softsell 12]
JENIS-JENIS MINYAK MASAKAN DAN KESIHATANNYA😎
Jenis minyak masak yang sesuai digunakan bergantung kepada cara memasak bagi setiap makanan. Contohnya, masakan goreng melibatkan suhu yang tinggi. Ini boleh merosakkan vitamin E dan karotena-β (β-carotene). Penggunaan minyak masak bertapis dalam masakan goreng boleh menyebabkan degradasi dan menghasilkan sebatian toksik. Dalam kes ini, minyak yang mempunyai lemak tepu (seperti minyak kelapa atau minyak sawit) lebih stabil dan sesuai.
Antara jenis-jenis minyak masak:
1. Minyak sawit
▶️Minyak sawit mempunyai kandungan lemak tepu dan lemak tak tepu yang hampir sama tinggi. Minyak ini dikenali sebagai minyak goreng yang efisyen dan digunakan dalam pengilangan makanan dan makanan segera. Walaupun terdapatnya dakwaan bahawa minyak sawit tidak berkhasiat, kajian telah melaporkan bahawa minyak sawit tidak boleh diklasifikasikan sebagai minyak yang meningkatkan tahap kolesterol, kerana pembolehubah yang lain seperti perbezaan kesihataan individu, jenis makanan, dan cara memasak boleh menjejaskan kesan kesihatan minyak sawit.
2. Minyak zaitun
▶️Biasanya, terdapat dua jenis minyak zaitun yang boleh didapatkan di pasaran Malaysia – minyak zaitun ringan (ataupun minyak zaitun biasa) dan minyak zaitun dara tambahan. Minyak zaitun tidak sesuai untuk dimasak pada haba yang tinggi disebabkan oleh titik asapnya yang rendah. Minyak zaitun mengandungi lemak monotaktepu yang tinggi dan kerap digunakan dalam diet Mediterranean.
3. Minyak kacang
▶️Kacang tanah mempunyai warna yang pucat serta bau yang serupa kacang yang kuat. Minyak kacang boleh menjadi tengik dengan cepat, jagi simpakanlah minyak kacang di tempat yang dingin dan kering. Jangan simpan untuk terlalu lama juga! Minyak kacang mempunyai titik asap yang tinggi, jadi pemasakan menggunakan suhu yang tinggi tidak menjai masalah. Namun, pastikan orang yang makan tidak mempunyai alahan kacang! Minyak kacang mengandungi kandungan lemak monotaktepu dan politaktepu yang baik, dengan kandungan minyak tepu yang agak tinggi berbanding dengan minyak sayuran yang lain.
4. Minyak jagung
▶️Minyak jagung mempunyai rasa neutral, tetapi masakan goreng seperti kentang boleh menghasilkan bau yang tidak menyenangkan. Minyak jagung mengandungi lemak politaktepu yang tinggi dan boleh merendahkan tahap kolesterol darah jika digunakan sebagai penggantian untuk minyak yang mengandungi lemak tepu yang tinggi.
5. Minyak kelapa
▶️Minyak kelapa sesuai untuk masakan menggunakan haba yang sederhana. Minyak ini mempunyai rasa kacang yang ringan dan biasa digunakan dalam pembuatan kek dan pastri. Minyak kelapa mempunyai jangka hayat yang panjang dan boleh disimpan selama lebih daripada setahun tanpa menjadi tengik. Namun, minyak kelapa dianggap sebagai antara minyak yang mengandungi lemak tepu yang paling tinggi.
6. Minyak sayuran
▶️Minyak sayuran mempunyai rasa yang neutral dan tidak ketara. Namun, kita patut berwaspada semasa memilih minyak sayuran kerana minyak sayuran yang berlainan mempunyai campuran minyak bertapis yang berlainan. Contohnya, campuran minyak sawit dan minyak kelapa (kandungan lemak tepu yang tinggi) dilabelkan sebagai minyak sayuran, begitu juga dengan campuran minyak jagung dan minyak canola.
7. Minyak bijan
▶️Minyak bijan mempunyai rasa yang neutral. Minyak ini biasanya digunakan sebagai minyak hasian atau tambahan rasa lebih daripada sebagai minyak masakan goreng. Minyak bijan menjadi tengik dengan cepat, jadi simpankanlah di dalam peti sejuk.
Jangan lupa 'LIKE' dan 'FOLLOW' page kami untuk dapatkan lebih banyak info dan tips 😊
https://www.facebook.com/popideli.co