ADIRA Licious

ADIRA Licious tart cadbury Homemade

AMALKAN 3S UNTUK HINDARI COVID-19Jangkitan virus covid-19 yang hangat diperkatakan kini semakin lama semakin meningkat t...
20/01/2021

AMALKAN 3S UNTUK HINDARI COVID-19

Jangkitan virus covid-19 yang hangat diperkatakan kini semakin lama semakin meningkat tinggi jumlahnya. Jadi, marilah bersama-sama mencegah jangkitan ini dengan mengamalkan langkah mengelakkan diri daripada 3S iaitu:
1. Tempat sesak
2. Tempat sempit dan tertutup
3. Sembang dekat
Kita pasti mampu melawan daripada dijangkiti virus ini.

Mahukan lagi tips ?
Jangan lupa follow dan like fbpage kami!
https://www.facebook.com/adiralicious.duraa

LANGKAH MUDAH PERANGI COVID-19Pelbagai pihak telah memainkan peranan masing-masing untuk membantu kerajaan mengurangkan ...
20/01/2021

LANGKAH MUDAH PERANGI COVID-19

Pelbagai pihak telah memainkan peranan masing-masing untuk membantu kerajaan mengurangkan penambahan kes positif jangkitan COVID-19. Sebagai rakyat prihatin, kita digalakkan mengikut saranan berikut iaitu:
1. Lakukan saringan
2. Kuarantin diri
3. Memakai topeng muka
4. Kekal berada di rumah
5. Tingkatkan kebersihan diri dan kawasan rumah

Mahukan lagi tips?
Jangan lupa follow dan like fbpage kami!
https://www.facebook.com/adiralicious.duraa

TIPS PEMILIHAN BAHAN UNTUK BUAT BISKUTTerdapat beberapa pemilihan bahan yang betul supaya penghasilan biskut menjadi leb...
19/01/2021

TIPS PEMILIHAN BAHAN UNTUK BUAT BISKUT
Terdapat beberapa pemilihan bahan yang betul supaya penghasilan biskut menjadi lebih sedap. Berikut merupakan tips-tips yang kami ingin kongsikan.

TIPS:
1. Telur
- Telur yang hendak digunakan untuk membuat kek perlu segar. Sebaik-baiknya beli telur dari penjual di pasar kerana ia tidak di simpan lama berbanding telur yg di jual di kedai-kedai runcit. Hal ini kerana kekerapan orang membeli telur
di pasar berbanding kedai biasa
2. Mentega
-Jangan menggunakan mentega yg masih keras.
Ini kerana mentega yg masih keras perlu dipukul lama dan jika tidak berhati-hati ia akan jadi berminyak.Sebaiknya biarkan mentega lembut sedikit pada suhu bilik.

Mahukan lebih banyak tips?
Jangan lupa follow dan like fbpage kami!
https://www.facebook.com/adiralicious.duraa

TIPS BUAT BISKUT KEKAL RANGUPKebiasaannya kuih yang kita dah buat akan disusun dan diletakkan dalam bekas. Tapi jika sel...
19/01/2021

TIPS BUAT BISKUT KEKAL RANGUP
Kebiasaannya kuih yang kita dah buat akan disusun dan diletakkan dalam bekas. Tapi jika selama berhari-hari diletak begitu pastin akan lemau. Di sini kami bawakan beberapa petua berguna untuk mengatasi masalah ini:

TIPS:
1. Garam: Caranya, ambil uncang kecil dan isikan dua sudu kecil garam, ikat dan masukkan ke dalam botol berisi biskut. Kehadiran garam akan membantu untuk menyerap kelembapan yang ada di dalam botol.
2. Tabur gula: Untuk elakkan biskut menjadi cepat hapak atau tengik, taburkan sedikit gula ke dalam bekas atau botol yang diisi biskut.
3. Balang kuih bersih dan kering : Sebelum meletakkan kuih di dalam balang, penting untuk memastikan bekasnya sudah terlebih dahulu dilap bersih dan benar-benar kering tanpa kesan air.

Mahukan lebih banyak tips?
Jangan lupa follow dan like fbpage kami!
https://www.facebook.com/adiralicious.duraa

TIPS ELAK DIJANGKITI COVID-19Covid-19 adalah penyakit berjangkit berbahaya yang boleh merebak melalui titisan cecair dar...
19/01/2021

TIPS ELAK DIJANGKITI COVID-19
Covid-19 adalah penyakit berjangkit berbahaya yang boleh merebak melalui titisan cecair daripada hidung dan mulut
Sebelum vaksin ini ditemui sebagai langkah pencegahan amalkan perkara-perkara asas dan mudah bagi mengelakkan orang lain dari dijangkiti. Antaranya:

TIPS:
1. Elakkan daripada berhubung rapat dengan pesakit dan mereka yang mempunyai simptom penyakit.
2. Buat sementara waktu, elakkan kelaziman berjabat tangan dan berlaga p**i.
3. Berehat di rumah jika mengalami selesema, batuk atau demam.
4. Elakkan diri daripada mengunjungi tempat yang sesak dan berisiko tinggi seperti di tempat awam serta majlis keramaian. Jika tiada pilihan, lindungi diri anda dengan pemakaian penutup hidung dan mulut yang sesuai.

Mahukan lebih banyak tips?
Jangan lupa follow dan like fbpage kami!
https://www.facebook.com/adiralicious.duraa

TIPS PENYEDIAAN MAKANAN SEMASA PANDEMIKPenyediaan makanan yang baik dapat mengelakkan berlakunya keracunan makanan dan d...
19/01/2021

TIPS PENYEDIAAN MAKANAN SEMASA PANDEMIK
Penyediaan makanan yang baik dapat mengelakkan berlakunya keracunan makanan dan dapat memudahkan kerja-kerja anggota perubatan yang lain supaya lebih fokus kepada usaha memerangi virus COVID-19.

Tips:
1. Bersihkan sayur dan buah dengan air mengalir meliputi seluruh permukaan sebelum penyediaan makanan.
2. Amalkan 7 langkah cuci tangan sebelum penyediaan makanan bagi memastikan makanan yang telah dimasak bersih dan selamat untuk hidangan ahli keluarga
3. Elakkan dari memakan makanan sedia dimakan yang terdedah selepas dimasak melebihi 4 jam pada suhu bilik.
4. Amalkan Lihat, Hidu dan Rasa jika terdapat tanda-tanda kerosakan pada makanan seperti basi dan berbau.

Mahukan lebih banyak tips?
Jangan lupa follow dan like fbpage kami!
https://www.facebook.com/adiralicious.duraa

TIPS KESELAMATAN MAKANAN DI RUMAH SEMASA COVID-19Tinggal di rumah semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini tidak ber...
19/01/2021

TIPS KESELAMATAN MAKANAN DI RUMAH SEMASA COVID-19

Tinggal di rumah semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini tidak bermakna kita tidak perlu mengambil mudah aspek keselamatan makanan. Kami ada beberapa tips mudah keselamatan makanan semasa di rumah yang boleh kita amalkan bersama.
Tips:
1. Makan makanan yang telah dimasak sahaja
2. Sentiasa minum air yang telah dimasak
3. Elakkan berkongsi makanan dan minuman serta peralatan makanan
4. Lihat Tarikh luput makanan
5. Tutup makanan supaya tidak dicemari oelh makhluk perosak
6. Makanan yang telah dihidang selama 4 jam eprlu dipanaskan semula.

Mahukan lebih banyak tips?
Jangan lupa follow dan like fbpage kami!
https://www.facebook.com/adiralicious.duraa

TIPS BUAT BISKUT LEBIH RANGUPBiskut akan cepat berbau tengik dan lemau sekiranya tidak menggunakan bahan-bahan yang ampu...
19/01/2021

TIPS BUAT BISKUT LEBIH RANGUP

Biskut akan cepat berbau tengik dan lemau sekiranya tidak menggunakan bahan-bahan yang ampuh dalam process pembuatan biskut. Jadi di sini sayan ingin kongsikan tips untuk buat biskut lebih rangup.

Tips:
1. Gunakan mentega tulin seperti Tatura butter, Anchor butter dan Scs butter
2. Gunakan kekacang dalam biskut seperti almond, hazelnut, gajus dan kacang tanah
3. Jangan putar mnetega dan gula berlebihan
4. Apabila adunan sudah siap menjadi doh, balut dengan plastic wrap terlebih dahulu

Mahukan lebih banyak tips?
Jangan lupa follow dan like fbpage kami!
https://www.facebook.com/adiralicious.duraa

TIPS PENJAGAAN DIRI SEMASA PANDEMIK Semasa pandemik ini, perasaan resah dan gelisah adalah sesuatu  yang normal. Tetapi ...
19/01/2021

TIPS PENJAGAAN DIRI SEMASA PANDEMIK
Semasa pandemik ini, perasaan resah dan gelisah adalah sesuatu yang normal. Tetapi sekiranya melarat, ini amat membahayakan tahap kesihatan fizikal dan mental diri. Terdapat beberapa tips yang kami ingin kongsikan. Antaranya:

Tips
1. Fizikal: Tidur yang mencukupi penting untuk menjaga kesihatan fizikal dan sistem imun. Dapatkan rehat yang cukup dan pastikan anda tidak berjaga hingga lewat malam.
2. Mental: Penjarakan sosial boleh membuat anda berasa sunyi dan terasing. Di samping menghantar mesej, hubungilah orang tersayang anda untuk bertanya khabar.
3. Nutrisi: Minumlah air dengan secukupnya untuk kekal hidrat. Kurangkan pengambilan kafein. Sebagai alternatif, minumlah teh!

Mahukan lebih banyak tips?
Jangan lupa follow dan like fbpage kami!
https://www.facebook.com/adiralicious.duraa

KELEBIHAN COKLAT PUTIH Bagi penggemar coklat, anda pasti tahu ada pelbagai variasi coklat. Yang pasti, ada kelebihan cok...
19/01/2021

KELEBIHAN COKLAT PUTIH
Bagi penggemar coklat, anda pasti tahu ada pelbagai variasi coklat. Yang pasti, ada kelebihan coklat putih berbanding coklat lain kerana ia kurang coklat sirap dan pepejal yang lain kuantiti kafein di dalamnya sangat sedikit.Antara kelbihannya:

1). Mengandungi kalsium yang dapat membantu menguatkan tulang dan otot
2). Dapat mengatur kadar kolesterol dan mampu mencegah penyakit jantung
3). Mengurangkan risiko kanser kerana kandungannya berfungsi sebagai antioksidan untuk melawan sel-sel kanser
4). Menigkatkan nafsu makan kerana coklat putih meninggalkan rasa manis di mulit

Mahukan lebih banyak kelebihan?
Jangan lupa follow dan like fbpage kami!
https://www.facebook.com/adiralicious.duraa

TIPS NAK PUJUK PEREMPUAN YANG MERAJUKTips ini khas untuk para lelaki yang selalu bingung untuk memujuk insan bernama "pe...
19/01/2021

TIPS NAK PUJUK PEREMPUAN YANG MERAJUK
Tips ini khas untuk para lelaki yang selalu bingung untuk memujuk insan bernama "perempuan". Sebenarnya, tak susah pun nak pujuk mereka asalkan mesti kena dengan cara. Antara tips berkesan yang boleh digunakan adalah dengan membelikan mereka hadiah. Buntu memikirkan apakah hadiah terbaik? Jangan risau, di sini ada beberapa tips nak pilih hadiah untuk pasangan yang sedang merajuk.

Tips:
1. Coklat
2. Kasut
3. Beg tangan
4. Dompet

Mahukan lebih banyak tips?
Jangan lupa follow dan like fbpage kami!
https://www.facebook.com/adiralicious.duraa

RESEPI NAK DAPATKAN TART YANG SEDAPRamai penggemar tart nenas tidak kira di kalangan golongan muda mahupun tua. Kebiasaa...
19/01/2021

RESEPI NAK DAPATKAN TART YANG SEDAP
Ramai penggemar tart nenas tidak kira di kalangan golongan muda mahupun tua. Kebiasaanya mereka lebih s**a buat sendiri berbanding beli. Tapi tak susah ke buat tart nenas ni? Jangan risau, saya akan kongsikan resepi untuk buat tart nenas yang sedap.

Tips nak dapatkan tart nenas yang sedap:
1. Ayakkan tepung, letak tepi.
2. Dalam bekas lain masukkan butter, minyak sapi dan telur. Mix guna whisker sampai sebati. Tak payah kembang.
3. Masukkan tepung perlahan-lahan dan gaul guna tangan.
4. Rehatkan sekejap dalam 15-20 minit dalam peti sejuk.
5. Bolelah mula membuat tart.Sediakan inti tart yang sudah dibulatkan terlebih dahulu.Letak inti nenas atas tart mawar.
6. Bakar dalam suhu 170 darjah selama 20-22 minit.

Mahupun resepi lagi?
Jangan lupa follow dan like fbpage kami!
https://www.facebook.com/adiralicious.duraa

Address

BATU PAHAT
Batu Pahat

Opening Hours

09:00 - 17:00

Telephone

+60189764918

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when ADIRA Licious posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category