Sweet Home Baker

Sweet Home Baker menerima tempahan kek,biskut, aneka puding,kek lapis, tapai, kek buah kukus

25/09/2024
Alhamdulillah untuk harini.. wlpn ckit tetap ada lg rezeki yg Allah bg utk dinikmati.
24/09/2024

Alhamdulillah untuk harini.. wlpn ckit tetap ada lg rezeki yg Allah bg utk dinikmati.

25/05/2023
11/05/2023

Layan vadai ptg2 ni..
Ranggup panas2 lagi.
Alhamdulilah❤️

Resepi Vadai@Masalodeh Rangup Di Luar Gebu Di Dalam

Bahan-Bahan:

450gm kacang dhal – direndam 4 jam (2 cawan])
1 labu bawang besar – dihiris nipis
3 tangkai cili kering – dihiris halus
2 tangkai daun kari – diracik
1 biji cabai hijau besar – dihiris
1 biji cabai merah besar – dihiris
1 1/2 sudu makan jintan manis – ditumbuk
1 genggam kecil ikan bilis – ditumbuk (menambah penyedap)
1 sudu teh garam halus atau secukupnya
1/4 sudu teh gula
sedikit penambah perasa – jika s**a

Cara-caranya:

1. Kacang dhal ditapis. Kemudian kisar guna blender biasa sahaja tambah sedikit air, kisar hancur. Jika ada sikit-sikit tak hancur tak ada masalah.

2. Selepas kisar tapiskan dan biarkan sebentar untuk asingkan lebihan air, awas jangan perah p**a kacang kisar tu. Kemudian letak di dalam bekas lain yang selesa. Selepas itu masukkan semua bahan di atas, gaul sebati.

3. Pastikan minyak telah panas, ambil sejemput bancuhan vadai tak besar sangat tak kecil sangat, bulatkan di atas tapak tangan, terus masukkan perlahan-lahan ke dalam kuali.

4. TIPS menggoreng dan tak hancur; Guna minyak yang banyak semasa menggoreng dan pastikan betul-betul panas minyaknya untuk elak dari vadai hancur di dalam kuali, minyak yang panas memainkan peranan sangat penting, di bahagian luar vadai akan cepat garing dan mengeras maka vadai tidak akan hancur atau berderai.

5. Setelah itu perlahankan api goreng seperti biasa hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan minyak..
Selamat mencuba..

Kredit :owner resepi@sumber FB
Airtangan dan pic: Eniza M. Salim

11/05/2023

RESIPI MEE JAWA

Bahan-bahan:
~1 kg daging...rebus hiris nipis..
~2 kg keledek...rebus..blend
~200 gm..udang kering *
~100 gm..udang pepai @ geragau kering..*
~2 labu bawang besar*
~10 ulas bawang putih*
~2 btg serai...hiris nipis*
~1 inci halia*
* semua blend
~2 senduk nasi cili blend..
~1 senduk nasi rempah kari..
~Gula melaka 2 ketul..
~Garam
~Minyak tuk menumis

Caranya:
1. Tumis bhn yg dah di blend...
2. Tambah cili blend..
3..Buh serbuk kari dg....biar hgg naik minyak..
4. Buh dg yg dah rebus...gaul bg mesra...dgn rempah dan cili..
5. Buh air rebusan dg..
6. Cincang gula melaka buh dlm
7.blend keledek rebus tuang dlm piuk hgg hbs..
8. Tambah garam..
Biar didih hgga minyak naik...siap

Hidang bersama:
Mee kuning
Tahu goreng
Taugeh x yah celur
Telor rebus
Daun bawang
Cili hijau
Bawang goreng

Resepi: Faridah Hanim

11/05/2023
11/05/2023

Address

Bachok
16300

Telephone

+60139130193

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sweet Home Baker posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share