Ministry of Cakes

Ministry of Cakes Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Ministry of Cakes, Ampang.

Roti Boyan CheeseResepi inti1. Kentang ( rebus smpai empuk n hancurkan )2. Tumis bwang putih n ayam kisar3. Campurkan ke...
21/05/2019

Roti Boyan Cheese

Resepi inti

1. Kentang ( rebus smpai empuk n hancurkan )
2. Tumis bwang putih n ayam kisar
3. Campurkan kentang yg dah lenyek dgn ayam kisar td.
4. Masukkan lada sulah, lada hitam, pati ayam n garam
5. Masukkan aksesori - daun bawang, bawang holland potong dadu n cili merah
6. Dah siap, pecahkan telur dalam adunan

Cara masak

1. Guna roti canai segera
2. Letak mozarella cheese ( kalo nk effect tarik2 🤣)
3. Letak adunan kt atas cheese td ( s**atan nk brp banyak s**ahati 😆 )
4. Tabur lagi mozarella cheese atas adunan
5. Last tutup dgn sekeping lg roti canai segera
6. Tekan2 pakai garfu kat sekeliling roti bg inti x terkeluar.
7. Sedia utk d masak 😘
8. Guna api sederhana je

kredit to mas tenty irdawati

TART MELTING CADBURYBAHAN-BAHAN:250gm mentega atau margerin4 sudu makan susu pekat2 sudu makan minyak sapi2 sudu makan t...
20/05/2019

TART MELTING CADBURY

BAHAN-BAHAN:

250gm mentega atau margerin
4 sudu makan susu pekat
2 sudu makan minyak sapi
2 sudu makan tepung jagung
2 sudu makan tepung kastard
3 1/2 cawan tepung gandum (letak tepung sedikit demi sedikit dan uli sebati. Pastikan doh tidak keras sangat nanti tart akan mudah pecah. )
1 biji kuning telur

BAHAN INTI:

CARA MEMASAK:

1. Pukul mentega, susu pekat, minyak sapi hingga sebati. Kemudian masukkan tepung jagung, tepung kastard dan tepung gandum sedikit demi sedikit. Uli hingga sebati dan pastikan doh tidak terlalu keras.

2. Masukkan doh dalam acuan dan terapkan atas dulang pembakar.

Sumber Resipi : Sedapnya Resipi
Foto: Google

BISKUT GUNTING TEPUNG BESTARI===================================Bahan bahannya1 1\2 cwn tepung gandum1 cawan tepung ayam...
20/05/2019

BISKUT GUNTING TEPUNG BESTARI
===================================
Bahan bahannya

1 1\2 cwn tepung gandum
1 cawan tepung ayam jenama bestari perisa spicy(biar rasa pedas sikit)
1 biji telur
4 sudu mentega
3 sudu besar serbuk kari(jenama apa pon boleh)
daun sup@daun kari
jintan manis sedikit
sedikit garam

p/s kalau tak jadi doh, letak la air sedikit ye sehingga menjadi doh yang tak lekat ditangan.

Cara caranya

1. Masukkan semua bahan diatas, masukkan garam secukup rasa, dengan daun sup yang telah dihiris halus.

2 Gaul sampai menjadi doh & tak lekat ditangan. kemudian gulung memanjang & gunting menyerong macam dalam gambar tu.

3. Goreng dengan api sederhana besar, sampai kekuningan.

credit : Huda Seman‎

Kacang Salut Tepung PedasBahan-bahan:500 gram kacang tanah (bersihkan, cuci dan keringkan sehari sebelum goreng)5 ulas b...
20/05/2019

Kacang Salut Tepung Pedas

Bahan-bahan:

500 gram kacang tanah (bersihkan, cuci dan keringkan sehari sebelum goreng)

5 ulas bawang putih (ditumbuk)

1 sudu besar serbuk cili

2 sudu besar gula

3 sudu kecik garam

2 butir telur ayam

5 sudu besar tepung gandum

1 sudu besar tepung beras

Cara cara nya

1. Gaul senua bahan kecuali tepung.

2. Masukkan tepung gandum dan tepung beras.

3. Panaskan minyak untuk menggoreng

4. Goreng dalam minyak yang panas dengan api sederhana. Pecah-pecahkan kacang yang melekat dengan sudip.

5 .Bila dah nampak garing, angkat dan tos kan minyak. Jangan goreng terlalu garing, kacang akan rasa sedikit hangit.

6. Sejukkan sebelum dimasukkan ke dalam bekas.

Sumber resipi Karangkkraf
Sumber foto : Google

Selamat mencuba!

Blueberry Cheese CakeBahan-bahannya:-3/4 cawan gula aising150 g mentega250 g cream cheese3 biji telur Gred A1/2 camca te...
20/05/2019

Blueberry Cheese Cake

Bahan-bahannya:-

3/4 cawan gula aising
150 g mentega
250 g cream cheese
3 biji telur Gred A
1/2 camca teh esen vanilla
1 3/4 cawan tepung gandum*
1 camca teh baking powder*
1/2 camca teh soda bicarbonate*(*disatukan dan diayak)
1/4 cawan susu segar
1/2 cawan blueberry pie filing

Cara membuatnya:-

1- Pukul cream cheese, mentega hingga putih. Masukkan gula aisinng dan telur satu persatu sambil terus memukul hingga kembang.

2- Masukkan esen vanilla dan terus memutar. Perlahankan speed dan masukkan tepung sedikit demi sedikit berselang seli dgn susu segar hingga habis. Gaul hingga rata.

3- Tuang separuh adunan ke dalam acuan berlubang tengah yang telah disapu dengan mentega dan ditaburkan sedikit tepung. Kemudian ratakan blueberry pie filling atas adunan kek tadi dan tutup dgn lebihan adunan dan ratakan.

4- Hentak acuan kek 2 - 3 kali untuk membuang angin. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C, kurang lebih 35 - 40 minit. Sejukkan 10 minit sebelum dikeluarkan dari acuan.

Resipi dr sumber Cik Mat Gebu

ROTI BUN SARANG LEBAHRESIPI & GAMBAR:   PN AZLITA 300 gram tepung roti atau tepung high protein atau tepung superfine200...
13/01/2015

ROTI BUN SARANG LEBAH
RESIPI & GAMBAR: PN AZLITA

300 gram tepung roti atau tepung high protein atau tepung superfine
200 gram tepung gandum
2 sudu besar susu tepung atau skim milk
2 sudu besar madu
1 biji telur
250 ml susu segar
6 gram yis
40 gram gula
40 gram butter
1 sudu kecil baking powder
2 sudu besar plain yogurt

Semua bahan dah tersedia jom kita mulakan.
Ada 2 kaedah untuk membuat roti.
1. Jika anda menggunakan bread maker
2. Menguli menggunakan kudrat tangan

1. Kalau menggunakan bread maker kerja membuat roti menjadi lebih mudah. Rotinya pun lembut dan sangat gebu.
Caranya senang sangat, mula-mula anda kenalah dapatkan sebuah bread maker, kalau tak ada bread maker anda kenalah pilih kaedah yang ke 2.

Jika menggunakan bread maker, masukkan semua bahan ke dalam bread maker. Ikut arahan menguli pada Bread Maker masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli , kebiasannya memakan masa 1 jam 1/2 . Bila dah siap uli dan boleh terus ke langkah no 4

2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Setelah menjadi doh ambil plastic bersih dah letakkan doh di dalam plastik itu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.

3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. Masa yang diperlukan lebih kurang 40 minit hingga ke satu jam. Anda perlu meletakkan doh di tempat yang agak hangat sedikit suhunya seperti di dalam almari atau di dalam oven yang tidak di on suisnya supaya doh anda naik 2 kali ganda dengan cantik dan gebu.

4. Selepas 1 jam 1/2 menguli dengan Bread Maker atau selepas 40 minit di perap doh tersebut, tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. Kemudian bahagikan doh kepada beberapa bahagian kecil, lebih kurang 40 gm setiap satu, bulat-bulatkan, susun doh di dalam loyang yang telah di sapukan sedikit butter. Susun dalam loyang hingga habis. Adunan ni agak banyak jika guna loyang 8 inc boleh dapat 2 loyang.
Kemudian tutup atasnya dengan kain dan perap semula.
Biarkan sehingga doh naik dua kali ganda. Masa yang diperlukan lebih kurang 40 minit.

5. Selepas 40 minit, doh akan naik 2 kali ganda.
Sediakan glis telur iaitu campurkan 1 biji telur dengan 1 sudu besar susu segar dan kocok sebentar.

6. Gliss permukaan bun dengan bancuhan telur, taburkan kuaci hijau, kuaci putih atau badam dan bijan hitam di atasnya. Sapukan sekali lagi atas nye dengan egg wash supaya semua bahan topping melekat di atas doh,

7. Akhir sekali bakar pada suhu 170 C selama 20 minit atau sehingga permukaan bun perang. Setelah bun di angkat, terus gliss permukaan buns dengan butter atau marjerin, supaya permukaan bun berkilat.

SELAMAT MENCUBA!

TAKOYAKISumber : Ilhamusafir & Pn. MadihaBahan2 Sos Takoyaki (boleh juga digunakan untuk Okonomiyaki)1 cawan sos tomato1...
04/01/2015

TAKOYAKI

Sumber : Ilhamusafir & Pn. Madiha

Bahan2 Sos Takoyaki (boleh juga digunakan untuk Okonomiyaki)

1 cawan sos tomato
1 cawan worcestershire sos
2 cm halia ~ diparut halus
1 ulas bawang putih ~ diparut/tumbuk halus
¼ cawan gula

Cara2 Menyediakan Sos

Masukkan semua bahan ke dalam periuk dan dimasak sehingga sos menjadi agak pekat.
Sejukkan sebelum dimasukkan ke dalam botol sos (yang biasa kita letak mayonis yang senang nak picit tu)

Nota: Untuk pengetahuan tuan tuan dan puan puan sos ni bertahan selama sebulan jika disimpan di dalam peti ais..

Bahan2 Batter Takoyaki
1 cawan tepung gandum
350 ml air
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil garam..
1 biji telur

Bahan2 Isian Takoyaki
Boleh dipelbagaikan isiannya walaupun Takoyaki merujuk kepada Octopus Ball.

Antara bahan2 yang sesuai ialah :

Tuna/Octopus/Isi Udang/Crab fillet
Daun bawang ~ dipotong halus
Kubis dicincang halus2 (mcm nak buat coleslaw)

Bahan2 Taburan
Serbuk ikan bilis (jija s**a)
Serbuk nori (seaweed)
Katsuoboshi.. (hirisan ikan bonito nipis macam kertas )

Cara2 Memasak Takoyaki

1. Bancuh semua bahan2 batter dengan menggunakan whisker sehingga sebati. Tuangkan ke dalam jug plastik yang sesuai. (supaya mudah nak menuang batter ke acuan nanti) Ketepikan sebentar.

2. Panaskan acuan takoyaki dengan api yang sederhana. Sapukan sedikit minyak masak dalam setiap lubang acuan. Bila acuan dah agak panas, tuangkan batter ke setiap lubang acuan sehingga penuh.

3. Masukkan bahan2 isian (samada isi udang/tuna/ octopus yg telah dipotong kecil/crab stick yg dipotong kecil). Kuantiti isian tu ikut s**a.. kalau letak lebih lagi sedap! Kemudian taburkan dengan hirisan daun bawang diikuti dengan kobis yang telah dicincang.

4. TIPS MEMBULATKAN TAKOYAKI : Bila Takoyaki dah nampak beku sikit.. bolehlah dicungkil sedikit menggunakan 2 batang lidi satay supaya kedudukannya menjadi berubah tempat tapi JANGAN TERBALIKKAN terus! Biar kedudukannya macam senget sikit. Takoyaki pada masa ini akan berbentuksepara bulat dengan keadaan berdiri. Nanti akan nampak dalam acuan ada tempat kosong lagi so tambahkan lagi batter dalam acuan yg nampak kosong tu.. Biar beku sekejap then cungkil lagi Takoyaki & ubah lagi kedudukan. Bentuk Takoyaki pada masa ni akan jadi 3/4 bulat.. isi lagi bahagian kosong dalam acuan sehingga penuh & terus pusing kedudukan Takoyaki supaya bentuk bulat sepenuhnya berada dibahagian atas & batter yang baru dituang tadi berada dibahagian bawah bermakna bentuk Takoyaki pada masa ini sudah menjadi bulat sepenuhnya. Lepas beberapa minit.. pusing2kan Takoyaki yang dah berbentuk bulat sepenuhnya tu supaya garing sekata. Semasa menunggu garing tu bolehlah ditambahkan sedikit minyak supaya lebih mudah garing.

5. Bila dah cukup garing. Cucuk Takoyaki & susun dalam pinggan hidangan. Paipkan sos takoyaki & sos mayonis secukupnya. Taburkan dengan nori halus & juga katsuoboshi. Sedia untuk dihidangkan!

Nota : agak susah nak tulis cara2 membulatkan takoyaki dalam bentuk penyampaian. Cara yang paling mudah ialah dengan melihat dalam bentuk video. Jadi bolehlah cari dalam laman You Tube untuk lebih memudahkan anda.

02/01/2015
Apam Balik Lembut dan MudahOleh: Azie Bahan bahan:2 cawan tepung gandum1 1/2 cawan air1/3 cawan gula pasir2 biji telur1 ...
24/12/2014

Apam Balik Lembut dan Mudah

Oleh: Azie

Bahan bahan:

2 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan air
1/3 cawan gula pasir
2 biji telur
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh yis mauripan
2 sudu besar minyak masak
Secubit garam

Sedikit pewarna kuning telur

Bahan tabur:

Kacang tanah yg telah di kisar
Gula pasir
1 tin jagung ala cream
Mentega

Cara cara:

Blend telur dan gula hingga kembang. Masukkan baking powder, yis, minyak dan garam. Blend lagi dan masukkan air. Blend lagi.

Masukkan tepung, blend lagi dan akhir sekali, masukkan pewarna. Blend sebati. Perap selama 1 hingga 2 jam.

Dengan menggunakan kuali non stick, tak perlu letak minyak. Buat saiz kecil kecil, letak inti banyak banyak.

Selamat mencuba!!

PISANG GORENG CHEESEResepi Oleh : FizaPisang GorengSesikat pisang ~ buang kulit dan potong 2 jangan putus2 cawan tepung ...
17/12/2014

PISANG GORENG CHEESE
Resepi Oleh : Fiza

Pisang Goreng

Sesikat pisang ~ buang kulit dan potong 2 jangan putus
2 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
1 sudu besar baking powder
5 sudu besar santan
sedikit kunyit serbuk atau pewarna kuning
secubit garam
1 sudu besar margerin
1 biji telur

CARA CARANYA

Cairkan mentega
Satukan tepung gandum, tepung beras, garam, pewarna, baking powder, santan dan telur
Kacau rata
Tuangkan margerin cair
Kacau sebati
Masukkan pisang
Panaskan minyak dalam kuali
Goreng pisang hingga kuning keemasan
Angkat dan toskan minyaknya

Bahan Sos dan Topping

1 sudu besar butter
1 sudu besar susu pekat manis
Keju Cheedar ~ di sagat halus
Choc Rise atau parutan coklat masakan

Dalam kuali yang bersih, cairkan butter.
Tutup api bila butter dah cair, tambahkan susu pekat manis dan sedikit keju
Kacau rata
Masukkan pisang yang telah siap di goreng tadi
Gaul rata
Angkat pisang dan letak di atas pinggan atau bekas yang sesuai
Taburkan dengan keju cheedar yang telah di sagat dan taburkan dengan choc rise atau parutan coklat masakan
Enak di makan ketika masih hangat.

Foto: Google

Address

Ampang

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ministry of Cakes posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Ministry of Cakes:

Share